Ahad, 4 Disember 2011

Pembelajaran Hari Ini

Salam sejahtera pelajar semua... Semoga sentiasa sihat dan ceria. Hari ini kita akan mempelajari satu lagi topik menarik dan penting dalam tajuk Kata Nama iaitu Kata Ganti Nama.  
Tajuk ini amat penting untuk membuat ayat yang menarik dan pelbagai. 

Hari ini, cikgu Anly akan terangkan tentang  
KATA GANTI NAMA DIRI

Secara ringkasnya, kata ganti nama diri terbahagi kepada 3 iaitu:

KATA GANTI NAMA DIRI PERTAMA

KATA GANTI NAMA DIRI KEDUA

KATA GANTI NAMA DIRI KETIGA



Pertama sekali pelajar perhatikan warna tulisan di atas... 
 pastikan warna jingga dan merah jambu tema blog cikgu Anly tidak mengelirukan pelajar


Oleh yang demikian...

kata ganti nama diri pertama berwarna HIJAU
kata ganti nama diri kedua berwarna MERAH
kata ganti nama diri ketiga berwarna BIRU




Sebelum meneruskan sesi, 
cikgu Anly nak pelajar semua menyanyi bersama-sama cikgu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan