Sabtu, 19 November 2011

Nota Menarik Daripada Cikgu Anly

KATA GANTI NAMA
Perkataan Ganti Nama ialah perkataan yang menggantikan perkataan NAMA.

Perkataan Ganti Nama ini dibahagikan kepada lima bahagian iaitu Kata Ganti Nama Diri, Kata Ganti Nama Tanya, Kata Ganti Nama Tak Tentu, Kata Ganti Nama Tempat dan Kata Ganti Nama Tunjuk.

KATA GANTI NAMA DIRI
1. Kata Ganti Nama Diri ialah kata yang digunakan untuk  menggantikan kata nama orang.
2. Terdiri daripada 3 jenis iaitu:
(a)     Kata Ganti Diri Pertama
(b)     Kata Ganti Diri Kedua
(c)     Kata Ganti Diri Ketiga


Kata Ganti Diri Pertama
1. Kata ganti diri pertama ialah kata yang digunakan untuk menggantikan diri orang yang bercakap.
2. Kata ganti diri pertama terbahagi dua, iaitu yang berbentuk tunggal dan yang berbentuk jamak.
3. Contoh

Kata Ganti Diri
Pertama
Penggunaannya
aku (tunggal)
digunakan apabila bercakap dengan  kawan biasa atau dengan Tuhan
saya (tunggal)
digunakan apabila bercakap dengan  seseorang yang baru dikenal atau dalam suasana rasmi
hamba (tunggal)
digunakan pada diri sendiri pada zaman dahulu
patik (tunggal)
digunakan oleh rakyat apabila bercakap dengan raja atau sultan
beta (tunggal)
digunakan oleh raja atau sultan apabila bertitah kepada rakyat
kami (jamak)
digunakan kepada diri orang yang berkata serta temannya apabila bercakap dengan orang kedua
kita (jamak)
digunakan kepada diri sendiri dan menyertakan diri orang kedua

Ganti Nama Diri Pertama Bilangan Tunggal dan Bilangan Banyak
Bentuk
Contoh kata nama diri pertama
tunggal
beta, patik, aku, saya
jamak
kita, kami, kita orang


Kata Ganti Nama Diri Kedua
1. Kata ganti diri kedua digunakan ketika kita berbual dengan seseorang.
2. Kata ganti ini boleh dipecahkan kepada dua bentuk, iaitu bentuk tunggal dan bentuk jamak
3. Contoh

Kata Ganti Diri
Kedua
Penggunaannya
anda (tunggal)
digunakan untuk diri orang kedua apabila tidak berhadapan dengan kita
awak (tunggal)
digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita
engkau (tunggal)
digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita dan dengan Tuhan juga
tuanku (tunggal)
digunakan apabila bercakap dengan sultan dan raja
kalian (jamak)
digunakan untuk beberapa orang yang diajak bercakap
kamu (tunggal dan jamak)
digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita

Ganti Nama Diri Kedua Bilangan Tunggal dan Bilangan Banyak
Bentuk
contoh kata Ganti Diri kedua
Tunggal
tuanku, wak, kamu, anda, engkau
Jamak
kalian

4.     Contoh ayat yang menggunakan kata ganti diri kedua
i.          Awak pekerja yang patuh.
ii.         Kamu semua adalah murid yang baik.
iii.       Guru mencari engkau.
iv.        Anda semua dinasihati membaca soalan dengan  
           teliti.
v.         Tunku akan bersiram sekejab lagi.


Kata Ganti Diri Ketiga
1. kata ganti diri ketiga ialah bagi merujuk kepada orang ketiga, kata-kata seperti mereka, beliau, baginda hendaklah digunakan.
2. Kata ganti diri ketiga boleh dipecahkan kepada dua bentuk.
3. Contoh
Kata Ganti Diri Ketiga
Penggunaannya
baginda (tunggal)
digunakan untuk raja dan sultan
beliau (tunggal
digunakan untuk orang yang kita hormati, misalnya
ibu bapa, guru, dan pemimpin
dia dan ia (tunggal)
digunakan untuk orang yang umum seperti orang biasa dan rakan
mereka (jamak)
digunakan untuk orang yang bilangannya lebih daripada seorang


Ganti Nama Diri Ketiga Bilangan Tunggal dan Bilangan Banyak
Bentuk
Contoh kata ganti diri ketiga
tunggal
ia, dia, beliau, baginda
jamak
mereka

4.     Contoh ayat yang menggunakan kata ganti diri ketiga.
i.          Dia pegawai pendidikan.
ii.         Mereka itu orang Kadazandusun.
iii.       Beliau banyak membantu penduduk di situ.
iv.        Ia diburu oleh pihak polis.
v.         Baginda sedang bertitah di atas singgahsana.
vi.        Dia menolong bapanya.
vii.       "Sertailah peraduan ini. berpeluang memenangi 
          pelbagai hadiah yang lumayan," kata pengacara 
          itu.
viii.     Wakil rakyat akan merasmikan mesyuarat itu 2 
         jam lagi.
ix.       " tunggu di sini. Biar kusiasat perkara itu dahulu," 
         kata Panglima Bagok kepada pengikut-pengikutnya.


NOTA RINGKASAN
Kata Ganti Nama Diri
Tunggal
Bilangan Banyak / Jamak
Diri Pertama
( Orang yang bercakap )
aku
saya
patik
hamba
kami
kita
Diri Kedua
( Orang yang dilawan bercakap )
awak
kamu
engkau
encik
cik
saudara
saudari
tuan
puan
anda
tuanku
awak semua
kamu semua
saudara sekalian
saudari sekalian
encik-encik
cik-cik
tuan-tuan
puan-puan
anda semua
kalian
Diri Ketiga
( Orang yang diceritakan halnya)
dia
ia
nya
beliau
baginda
mereka


Diharap nota ini akan menjadi panduan berguna untuk semua pelajar.

Seterusnya pelajar boleh mencuba









Tiada ulasan:

Catat Ulasan